Wednesday 29 May 2013

River Cruise Melaka

Assalammualaikum

Banyak banyak tempat kat Melaka yang dah pergi, yang saya paling suka ialah naik bot malam malam tengok perkampungan little perancis kat sekeliling sambil susur Sungai Melaka.
Bestkan tu ?

Nak terang banyak pun tak tahu sangat. Senang macam bawah ini :

Whoa. Betul ke kat Melaka ada macam ini ? Of courselah :)

Yang matahari tu (Tak tau nak panggil apa. Kehkehkeh.), yang pusing pusing lambat sesuai untuk orang dating, tulah Eye of Melaka. Bendalah ini memang ada kat situ untuk orang tengok tengok suasana sekitar sambil hapal satu satu mana Taming Sari, Jonker Walk, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Replika kapal besar yang tersadai tu semua. Tujuannya, supaya korang tak hilang arah. Tak sesat. Paham pahamlah Melaka kan ? Jalan one way semua. Hihihi.

Cantiknyaa pergi malam. Kan ?

Macam mana kalau naik siang pula ?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hmmm. Biasa je =.=' Hahaha

Lagi kalau korang naik malam, korang boleh tengok Song of the Sea kalau singaporean panggil. Tapi kat Melaka nama dia Musical Fountain. Sama je fungsinya. Air tu beralun alun ikut irama lagu. Nada rendah air paras bawah je. Nada tinggi, dengan kita kita tempias airnya. Memang tinggi.

Untuk tiket bot, hari kerja RM 20 dewasa, RM 10 kanak-kanak. Hari minggu (Jumaat, Sabtu, Ahad + Artis) tak salah baca, memang ada artis. RM 30 dewasa. RM 15 kanak-kanak. Tunjuk MyKad dapat RM 20 dewasa. RM 10 budak. Senang cite, nak beli tiket tunjuk IC. Dapat less.

Colorful gitu.

Mesti korang tertanya-tanyakan manalah nak naik bendalah best ini. Mudah je. Korang cuma perlu ke Jeti Sungai Melaka bertentangan dengan Pusat Warisan Quayside. Tak faham? SINI. Scroll website ini sampai habis. Ada peta kat situ bolehlah dijadikan panduan. Dah boleh pergi :)

Tinggikan airnya?

Last, kita layan River Cruise orang putih. Jeng jeng jeng....
.
.
.
.
.
.

(1) Paris

Pehh. Lalu Eiffel Tower tu. Dapat lalu bawah KLCC pun ok jugakan? :P

(2) London uolls. London Bridge


 (3) Seine

Panjangnya bot diaaa. Haha. Kagumkan?

Takkan tengok je? Jom menabung daripada sekarang ! 

Berminat nak jalan-jalan Melaka dan nak tahu lebih lagi tentang Melaka Bandaraya Bersejarah? Amboi ! Lihat sini. Macam macam adaaaa... 

Dan ini pula waktu operasi untuk River Cruise:

9AM- 11.30PM (Setiap hari)
30-45 Minit
Contact number: +6 06-281 4322
GPS: 2.193133N, 102.247232E SINI


Thanks baca =)


No comments:

Post a Comment