Wednesday 4 September 2019

Tiket Murah ke Adventure Waterpark Desaru Coast

Hi korang! Lama tak bersiaran. Ape khabar?

Pernah tengok this banner anywhere tak? If you answered tak pernah, means you beli tiket dengan harga yang cukup mahal! Tak percaya? Please go through

This price exclusive only for Bangsa Johor. Sorry guys yang ic selain 01,21,22,23,24, baca dulu jangan skip :)

So, some tips for you nak dapatkan harga murah ke Adventure Waterpark Desaru Coast (AWPDC) adalah:

Drive ke Johor!!! hahahahaha *ok sis gurau*

Do's & Don'ts

Tiket to Waterpark memang ade baaaaaaaaaaaaanyak sangat harga. Kalau tak pandai cari / tak rajin google / tak up-to-date with the socmed memang kena bayar harga lebih. Rugi rugi. Jadi, tipsnya:

(1) Kena pastikan berapa pax nak mandi kat sana. Ingattttt! "The more the merrier and the cheaper".

(2) Nak beli kat kaunter / online / guna voucher? Tanya bajet korang.

(3) Tentukan tarikh datang mandi. Hari pun memainkan peranan yang sangat penting tau. Untuk elakkan mood kelaut dan enjoy the ride semaksima mungkin, tolonglah jauhi Public Holiday, Long Weekend, Malaysia School Holiday & Singapore School Holiday. Why? I akan elaborate kat bawah.

(4) Buat your own calculation. If aku beli dengan 45% discount ape freebies yang bakal dapat. if beli di MATTA Fair, cari Happy Hour dan berbaris dengan tabah. If beli online, baca dan hadam betul-betul rules & regulations kat situ. Something like that. Rajinkan diri research. Barang limited bossku, of course tak selalu offer hehe.

(5) Beli Splash Pass je terus jika korang rasa korang perlu datang setiap hari mandi setiap bulan. Jimat berganda berbaloi-baloi. Splash Pass = Annual Pass. Dahlah jimat teruk pastu banyak benefit oi.

  • 10% off main golf kat Els Club (Ocean & Valley), kedai cenderamata golf dan restoran.
  • 15% Dash Outdoor aktiviti kat Public Beach, Desaru dan semua outlet Dash Outdoor yang ade di Desaru Coast
  • 25% off tiket Legoland Malaysia guyss! Termasuk 1 hari kat Theme Park atau Double Combo (Theme Park + SEA LIFE) 
  • 25% off tiket KidZania KL dan KidZania Singapore. Dah dedahlan belum anak korang dengan main masak-masak versi moden? Belajar jadi cashier, bomba, masak McDonalds etc.
  •  15% off bilik Hard Rock Desaru Coast
  • 10% off lagi untuk barang cenderahati di Rock Shop. Jaranglah korang ni takde tshirt Hard Rock negara/negeri korang pergi tuuu.
  • 10% off Roxtars Toys & Sweets Shop
  • 20% off ala carte treatment kat Rock Spa 
  • 10% off lagi untuk ala carte F&B termasuk alcohol 
  • Terakhir, 20% off di restaurant dalam The Westin Desaru Coast
Untung teruk! Rugi siapa tak grab Splash Pass. 

Link beli tiket waterpark di official website


                                          Link beli tiket waterpark melalui KLOOK                                    

(6) Bagi group 30 pax yang mencari pakej games boleh contact sales person waterpark di sales@adventurewaterpark.com.my sini. Pastikan group korang tu 30 pax dan lebih. Kalau kurang tak dapat den nak tolong.

(7) Upgrade tiket biasa ke Splash Pass. Yang dah beli tiket biasa jangan risau. Korang lagi boleh berjimat berbaloi bila korang yang dah ade tiket ni terus upgrade ke Splash Pass. Korang hanya perlu tambah dari RM65.00 sahaja weh. Contoh korang dah ade tiket RM29.50 + kena tambah RM65.00 = Korang bayar RM94.50 je. Rugi ke rugi? 😂

Nota tambahan untuk korang yang banyak tanya waterpark rules klik sini. Pergi link tu, scroll ke bawah boleh download General Park Rules dlm pdf.


Nak jimat berganda beli ape guyss? Pastikan grab Splash Pass ye! Tak grab confirm menyesal.
Sekian byeee.


No comments:

Post a Comment