Thursday 7 January 2016

Tips ke Sunway Lagoon

Assalammualaikum. 


Lamanya tak menulis woi. Al-maklumlah sibuk bekerjaya. Hiks. Okay takmo melalut nak straight to main story. 

Cerita cemni. Plan dah lama sangat nak pergi sini. Tapi tak dapat sebab sorang sorang antara kami ada masalah. Kena tunggu semua free baru on. Lagipun tak syiok woo takde geng sekepala. 

Kami beli tiket online. Search je Sunway Lagoon kat Google terus keluar link. Tapi ingat! Kena daftar dulu kalau belum ade akaun. Daftar senang sangat tak ambil masa lama. So siap first step! 

Muka happy panjat #suspensionbridge. Getar kepala lutut takut phone tercampak dlm kolam 😝

No 2, nak parking kat mana? Untuk parking, kalau korang nak jimat boleh park kat deretan kedai bebanyak area 7E semua tu. Tapi tak free sebab Majlis punya parking haha. Macam kitorang, nak mudah parking je belah dalam bangunan. Bayar Rm13 settle bab parking. Connecting ke entrance pulak tuu. Tapi entrance belakang lol. 

Entrance bagi yang first time datang macam saya, tak tau pape, dah Google sendiri pun takde sapa bagitahu ada 2 entrance (haha jahat!). Sunway Lagoon ni korang memang ada 2 entrance. 1- kat Water Park (means kau masuk masuk je kau akan terus jumpa air! Teruja tak?) Okay silap. Masuk masuk je jumpa Vuvuzuela. Alaaaa slides warna merah kuning tuuu. Yang setinggi bangunan 11tingkat tuuu. Hah teruja kann! Tu entrance belakang. Kalau kau parking kat Hotel kau confirm akan jumpa entrance yang INI. 

2- kalau korang parking dalam Sunway Piramid pulak, korang akan berjumpa dgn Main Entrance! Yang mana bila korang datang tepat pada pukul 10pagi, korang akan terjumpa maskot yang nari-nari ajak kau berzumba haha! 

Kitorang start dgn Amusement Park, rasa rugi sangat. Sebab Vuvuzuela nak mati besttt! Tinggi toksah cakap! Tapi slide dia mendatar tau. So tak sempat nak cuak. Rasa selamat siap boleh gegelak sepanjang thrill tuu. #sistabah hahaha

Sunway Lagoon ni bukan nak mengata pulak, ticket memang mahal! Tapi mahal pun berbaloi. Tiket beli online RM110 (dpt voucher makan RM5), dengan dapat masuk kesemuanya termasuklah (Water Park, Extreme Park, Wildlife Park, Amusement Park dan Scream Park (tempat Scha AlYahya join hantu hantu tuuu) for me worth try kot! 

Air kolam bukan nak puji, sangat jernih walaupun dah memacam warna kulit terjun! Pastu air kat river (paling takjub) siap sorang pekerja tu tolong cedok dedaun kering. On the spot kau! Bukan kata tunggu tutup baru nak buat. Punyalah bagus. Tahap kebersihan jangan cakap. Bersih!!! Susah sangat jumpa sampah. Bangga tau! Sebab masa kitorang datang ramai sangat orang arab mandi 😝

Surau pulak, dahlah luas, bersih pulak tuu. Cuma sayangnya telekung buruk dan takde cermin nak seselfie hehe.

Kat dalam ni semua kau boleh main KECUALI Go Kart, G Force X dan Bungy Jumping. Yang tu berbayar mengikut kadar harga memasing. Boleh gigih search lagi nampaknya haha.

Nasihat kitorang kalau nak pergi tu pergilah hari Sabtu dan bertolak awal pagi kalau jauh. Datang awal main awal. Kurang beratur, main banyak kali, hati happy!!! 

Sampai pukul 9.30 dalam Sunway Lagoon elok sangat dah tuu. Kena baris tunggu redeem ticket lagi. Semua tu makan masa kannn. Soal makan korang jangan risau, dalam tu semua ade. Pilih je nak makan ape. Tapi jangan lupa eload duit gelang dulu. Jadi nanti senang kalau lapar dah basah basah main air tak payah ke loker ambik duit. Tinggal tolak je duit daripada gelang. Air mineral bawak. Bawak je yg 1.5liter tu. Saya bawak yg tu lepas. Haha syukur jimat duit beli air. Tapi tak jimat mana pun, pemalas nak balik ke loker yg kat wildlife park tu, gadaikan jugaklah RM4.30 utk mineral Spritzer 500ml. Cis. Untung Sunway! Haha. 


Bergambar kenangan bersama Pirates Revenge yang menggugurkan jantngku. Syabas! Kerana anda telah berjaya memusingkan diriku 360 darjah dan terapung selama 7saat dgn kaki kepala badan muka menyembah bumi. Lepas azab! Tapi tak serik okayokay. Haha.

Bersambung.... Bye! (Oh ya dalam ni semua kena tanggalkan cermin mata kalau nak main. Sekejap je tanggal. Letak ahhh kat memana)