Sunday 31 March 2013

Jazirah Pangkor


Assalammualaikum ;)

Bestnya dapat main tarik tali ! Haha. Kan? Memang best ! Nampak tak ke'semangat'an pasukan kami taghik tali tu. Habis semua game kami pulun. Kalah yang lain. Mana taknya. Nama group Garuda, tapi trademark "aum aum". Bila burung garuda (yang bapak ah besar gila tu) kacuk dengan rimau memang overdose lah kuatnya. Lagi lagi masa main tarik tali ini ketua kami, Nadin (second pakai topi) memang tarik dengan sepenuh jiwa raga. Sampai kawan kawan lain gelar dia raksasa. Bayangkan betapa gagahnya itu ! Fuh. Mana nak cari?

Yang ketua group lain alah mak aihh cekeding je tengok. Nak pandang tak lalu. Kihkih (ketawa sambil tutup mulut). Kecik kecik. Confirm confirm lah tak sehebat tenaga orang yang badan pun dah 3x ganda dari diorang ini. Belum campur skill menanam kaki dalam pasir agar bila tali ditarik pihak musuh tak bergoyang. Statik je. Itu semua taktik beb !

Hah. Kami sebenarnya ada dua kekuatan yang super awesome yang sangat sangatlah membantu kemenangan ini (terharu). Nampak tak budak laki debab yang belakang sekali tu? Hah debab kau. Puhahaha. Macam tak jelas sangat kan. Sebab dia ini main sorok sorok ke main tarik tali? Ke salah cameraman. Aish. Hmm takpelah. Budak tulah. Nama dia Farid. Dia dah kahwin pun. Tapi bini dia group lain. So dialah pawangnya. Kenapa pawang?

Ni nak story nih. Dia pergi belitnya semua hujung tali kat badan dia. So bila dia tarik sama sama kitorang dia pun mestilah tarik badan dia kebelakang sekalikan? Hah macam tulah kami boleh menang. Yang lain biarkan je tali hujung tu berjela jela kat bawah. Nak tarik pun susah. Sebab asyik terpijak tali. Pastu kaki sakit. Semputlah. Last last surrender.

 Ini pulak batu bentuk kura-kura. Eh kura ke buaya tu? Ahh paham paham sendirilah :)

Peace yo ! On the way balik dari snorkeling

Biasalah kalau pergi pulau tak sah kalau tak snorkeling. Serius best woo. Tapi yang worstnya kami semua bajet pro. So, no stokins. No crocs. Hanya kaki semata semata. Kira masuk bogellah. Lepas tu hazab ! Habis semua kaki setiap orang luka luka nih calar balar. Dan sampai ke hari ini parutnya masih ada even minyak gamat hampir sebotol kecik guna =,= Lepas ini nak teghaiii bio oil. Confirm berkesan ! Ehhh.

Dah penat bercergas, untuk dinner kami BBQ kat tepi pantai. Gilir gilir bakar. 
Siapa nak makan masak sendiri ! Hahaha. Tak adalah. Taulah kan kalau berbaku ini. Habis dengan baju baju rambut semua bau asap. Hang hado hado?

Sambil menyambil tangan ligat membakar 25 ekor ayam (serius banyak untuk 70 orang makan), sotong, sosej dan jagung, kami main main game yang disediakan pihak penganjur. Iaitu capkalicap. Capkalicap cap cap cap cap capkalicap cap cap cap cap.... Biasalah bro budak laki yang beli. Mana nak tau anggaran sebenar. Lepas tu dengan dah penat tarik tali, banana boat, snorkeling semua bagai. Lagilah nak telan ayam bakar. Fuhh. Memang sorry please try another day. Tiba tiba esok keluar breakfast tengok "eh, ada lagi ayam semua nih". Jemu kot =.=

 Fu Ling Kong temple

 Dan kami pun pergi tempat di atas. Dua gambar ini adalah tempat bersejarah tau.

Tapi, yang menambahkan kepelikan lagi tempat ini betul betul dalam area rumah orang. Bersebelahan dengan rumah mokcik mokcik kat situ. Sini majoritinya cina. Ada jugaklah malay tapi macam tak banyak je. Entahlah yang tu. Tak ngexplore lagi. Kuihkuih. Dan tak alih alih diri ini rasa macam wohoo. Salute kot ! Fofular.

Apa dalam plastik tu?

Ok yang ini atas bot nak balik jeti Lumut (tempat transit ke Pangkor). Ni dah sampai stesen first. Kalau nak ke Pangkor kena turun kat stesen kedua. Dia ada 3 stesen. Jagan salah turun sudah. Budak budak ini ada masa sampai sampai tu semua berpusu nak turun kat stesen first. Orang cakap dah turun stesen kedua. Malas nak layan. Mana taknya kami sampai pun lewat dah. Malam. Semua pun dah tak maya. Penat. Lagi satu cuak. Dok pikir ada ke feri lagikan? Sebab lambatkan. Tapi sebenarnya ada je. Last feri pukul 9 malam. Kami sampai lewat bukan sebab apa jammed je lebih. Teruk sangat jammed kat highway. Patot jalan nak ke Perak kena perbesarkanlah. Banyakkan lagi lorong. Memang sesak bila cuti. Adoi. Dalam bas pulak tak ade keje lain dok tido bangun tido bangun tido bangun tengok luar borak borak nyanyi tido balik. Panas punggung.

Pasal dalam plastik hijau tu, Laksa Mee Pangkor. Rugi kalau korang tak cuba. Serius sedap sangat ! Sumpah ! Lain dari yang lain. Kuah pun jernih je. Contoh macam ini.

Masa beli ini pun nyaris nyaris nak kena tinggal feri. Nak laksa sangat punya pasal. Orang semua dah blah nak naik, yang sorang ini masih dalam Pangkor Kopitiam dok tunggu makanan. Yelah. Entah panjang umur ke tak nak datang lagi. Bila ada je peluang tu, apalagi. Tak pedulilah semua orang. Yang penting perut den konyang. Den dapat lempiaskan nafsu makan den. Hamboihhh...

 Sebelum berpisah (hihi berpisah tak menahan) apalah kiranya menengok video group hamba main tarik tali. Memang kecoh !

 Serius gambar bukan HD. Tapi takpalah yang penting nampak kejuaraan kami. Oh yeahhh !


Bagi yang nak pergi Pangkor bukan dengan trip (cara student), korang klik sini. Yang nak pergi naik kereta sendiri, sini. Yang nak tau waktu perjalanan feri, aktiviti menarik kat Pangkor, tempat penginapan murah semua kat sini. Eh, macam banyak pula sini sini sininya.

Sehingga bertemu lagi !

Thanks baca =)


Saturday 2 March 2013

Meoww

 Assalammualaikum

"Saya comel, tapi saya dah hilang" :(
Nama kucing: Omel Tripping bintut Papies


Saya datang tanpa di undang. Dijumpai oleh tuan saya di bawah pokok daun kari. Mengiau-ngiau kelaparan. Tuan saya pada mulanya tak suka kucing, tetapi kecomelan saya telah menambat hatinya. Saya diberi minum susu. Walaupun saya tak reti minum susu guna mangkuk, saya tetap minum. Pada malamnya, saya diberi masuk rumah secara senyap- senyap oleh tuan saya. Saya diberi penghormatan untuk tidur di dalam bilik tidur tuan saya. Puhaha. Penghormatan. Besar sangat ini darjatnya. Tapi malangnya, saya muntah- muntah. Habis bakul tempat tidur saya. Tuan saya terjaga sebab saya panjat atas katil tuan saya dengan busuk busuk tu.


Cara penjagaan kucing:

1) Mandi sebulan sekali (sebab tuan saya duduk asrama). Mandi dengan Palmolive aromatheraphy.
2) Makan banyak kali. Pagi friskies. Lunch, dinner nasi. Hi-tea apa yang tuan saya buat.
3) Dibersihkan tahi mata setiap hari menggunakan wet tissue.
4) Dibersihkan telinga seminggu sekali.
5) Dipotong kuku setiap kali lepas mandi. (sebab tuan saya percaya kuku saya dah lembut, mudah untuk potong)
6) Tiada veterinar. Vet sendiri. (setiap kali saya luka akibat panjat pokok atau terkena duri kayu- kayu di bawah pokok sekeliling rumah, tuan saya hanya merawat saya dengan minyak but- but HPA. dan membaluti luka saya dengan kain gauze atau kapas. ternyata berkesan)

Hari seterusnya, abang uwe, abah tuan saya belikan friskies untuk breakfast. Saya makan friskies setiap pagi, sebelum makan nasi panas berlaukkan ikan goreng yang baru masak panas- panas. Semuanya disediakan segar. Tuan saya sambil siapkan makanan saya, mesti makan sekali =.= Saya tak suka makan ikan haruan. Tak suka ! Benci !

 Tiap kali tuan saya goreng ke masakkan sup ikan haruan ke, saya mesti tak banyak makan. Adakah saya terlalu memilih? Saya juga suka makan kfc, coklat, mee hailam, epal, anggur, pisang. Ini kucing ke apa ini.

Saya juga penggemar durian ! Saya boleh makan 3 biji durian. Lepas itu, saya kepanasan. Banyak tahi mata. Saya juga suka minum air sejuk. Setiap kali tuan saya bancuh air kordial, saya akan kejar tuan saya atau panjat tuan saya nakkan air. Kalau air yang ada ais lagi saya suka. Eh, saya ini kucing ke tupai? Tuan saya selalu cakap macam itu. Sebab saya boleh panjat pokok ceri depan rumah sejak kecik lagi. Last last tak boleh turun, saya ngiau kuat kuat minta tuan saya datang turunkan. Saya juga boleh panjat grill pintu rumah sampai atas. Bila tuan saya balik belajar, saya akan tinggal dengan kakak uwe saya, ibu kepada tuan saya.

Kejadian buruk saya:

1) Kaki & ekor dilenyek motosikal abah tuan saya.
2) Terperangkap di dalam almari baju tuan saya untuk tempoh yang agak lama. 9 jam.
3) Yang paling tragis. Digilis separuh badan oleh kereta abah tuan saya sewaktu mereka pulang dari membeli ikan untuk saya. Saya lumpuh sementara. Selepas itu, sihat & aktif seperti sediakala setelah disapu minyak but- but dan diberi minum madu. 

Pada saya, kakak uwe, abang uwe, kakak ude semuanya tuan saya. Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana pelihara saya dengan baik. Sebagai balasannya, saya tidak pernah buang najis saya sepah-sepah dalam rumah. Saya mesti masuk bilik air. Saya tidak diajar pun. Tapi semua atas inisiatif saya sendiri. Bijakkan saya? Hihihi. Saya juga selalu dipaksa tuan saya untuk bangun buang air tiap pagi. Saya mesti kena buang air sikit. Kalau tak, tak boleh keluar tandas !

Pengalaman manis saya:

1) Dibawa ronda-ronda naik kereta. Tempat feveret saya, ruang atas tempat duduk belakang.
2) Tidur beralaskan katil, sofa dengan kipas dipasang. Kipas tutup saya tak boleh tidur. Panas. Air-cond dipasang, lagi saya suka.
3) Dapat jadi peneman kepada ibu tuan saya yang sakit. Saya penghibur dia sewaktu tuan saya balik belajar dan abah tuan saya keluar bekerja.

Sekarang saya dah hilang. Saya hilang masa kenduri tahlil. Saya lapar. Saya nak makan ayam goreng. Tapi saya kene marah dengan cik rahmah. Saya terasa. Pada masa itu juga, ibu tuan saya, kakak uwe dah ambilkan saya ayam goreng. Tapi sebab majlis dah nak mula, saya kena duduk diam dalam bilik. Dalam kotak. Abang uwe yang letak saya. Mereka takut saya lari.

Lepas itu, ada jiran lain nak guna bilik. saya kena duduk bilik lain. Saya terus berlapar. Bila majlis habis, abang uwe buka pintu. Nak ajak saya makan. Saya pula yang tak tahu apa-apa terus pecut keluar. Dengan tak makan, saya ikut sepupu tuan saya naik kereta mereka. Dorang tak tahu ini. Sampai kat Petronas, sepupu tuan saya terkejut tengok saya. Dahlah dia mengandung masa ini. Nasib baik tak apa apa. Masing masing terkejut. Saya pun terus lompat keluar ikut cermin. Macam tulah punca saya hilang.


Kelebihan saya:

1) Saya mempunyai tanda hitam pada lelangit saya.
2) Saya jantan, tapi kencing duduk macam perempuan.
3) Kalau saya hendak membuang air besar, saya akan cepat- cepat lari cari toilet.
4) Saya tidak pernah mengusik makanan atas meja samada yang sudah siap dimasak atau belum.
5) Full of aegyo. Jika saya tidak mahu keluar, saya akan menahan kaki, tangan serta badan saya pada pintu rumah. Jadi mereka tidak dapat halau saya.

Thanks baca =)