Wednesday 27 February 2013

Anak


Assalammualaikum


Siapa yang tak nak anak? Ada ke? Mesti semua nak ada waris sendirikan? Sebab bila kita mati, mereka inilah anak anak kita yang akan mendoakan kita kelak. Percaya atau tidak. Semuanya bergantung kepada resipi apa yang anda guna untuk mencorakkan mereka. Jika baik acuan atau resipinya, maka baiklah rupanya. Jadilah ia. Dan tetiba rasa terpanggil nak buat entri ni. Sebab tadi baru lepas baca paper pasal Ning dah bersalin. Pastu ada sekali nama anak dia.

Memanglah setiap parents tak terlepas dengan rasa teruja first time dapat baby. Tapi nama anak tu kalu boleh bagi yang ada makna sikitlah. Sebab nama ni doa. Orang panggil dengan gelaran yang baikkan, bagus untuk kita juga. So, tak salah selidik dulu tanya ustaz sebelum bagi nama tu. Kan?

Nama ni senang cite ibarat harga pada sesuatu produk. Setiap barang yang dijual pasti ada hargakan? Tak kiralah produk tu mahal ataupun tidak. Dalam keadaan baik atau buruk. Tetap ada harganya. Samalah dengan nama. Ada nilainya. Bukan senang senang untuk ditawar menawar. Dipandang enteng. Dengan nama yang dibagi tulah kita akan dipanggil di Padang Mahsyar nanti.

 Antara waktu yang baik untuk menamakan anak:

1) Sunat: Pada hari ke-7 kelahiran bayi
2) Harus: Pada sebelum & selepas hari ke-7 kelahiran bayi (Hari 1,2,3,4,5,6,8,9 dan seterusnya...)

 Bagi ibubapa yang tidak berniat untuk mengaqiqahkan anak mereka, waktu yang sesuai untuk memberi nama anak adalah pada hari kelahirannya. Sementara yang merancang untuk membuat majlis aqiqah anak mereka, sunat memberi nama anak pada hari  ke-7 kelahirannya. 

Hukum menamakan kandungan yang gugur:

 1) Sunat: Jantina bayi sudah dikenalpasti
2) Nama yang sesuai mengikut jantina: Jantina bayi tidak dapat dikenalpasti

Hukum menamakan bayi meninggal sebelum ada nama:

Sunat

Juga sunat hukumnya menamakan anak dengan nama nama yang baik. Nama yang disukai Allah. Nama yang mempunyai makna yang elok. Daripada Abu ad-Darda', Rasulullah bersabda. 
Maksudnya: 
"Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu".
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Antara nama nama anak yang perlu dijauhi: 

  1. Nama nama yang datangnya daripada sifat sifat Allah. 
  2. Nama nama tempat. 
  3. Nama nama yang terlalu indah maknanya. Sehinggakan tidak menggambarkan sifat yang baik bagi tuan punya badan. Contohnya: Khairunnisa' (sebaik baik wanita). 
  4. Nama yang terlalu membanggakan diri. 
  5. Nama yang mempunyai unsur syirik. 
  6. Nama lelaki digunakan untuk perempuan. Nama perempuan untuk lelaki. 
  7. Nama yang tiada makna. 
  8. Nama yang mempunyai gabungan janggal.
  9. Nama nama bintang, burung, bunga, haiwan.
  10. Nama yang ada unsur unsur nama mat salleh. Kebaratan. Seperti: Ryan Sky Dalton.
  11. Nama yang buruk. Tidak jelas atau samar samar akan maknanya. Seperti: Nordin ditukar kepada Nuruddin (نور الدين).
  12. Nama khusus untuk para nabi. Contohnya: Khalilullah (kekasih Allah)
  13. Nama MALIKUL MULUK. Maksudnya yang menguasai kerajaan. Pencipta alam. Allah.

    هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

    Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. (Al-Hasyr: 23)

    Hukum memberi nama anak dengan nama gabungan ibubapa:

    Harus. (perlu membawa makna yang baik)

    Macam mana pula dengan nama nama moden sekarang? Boleh guna ke? Boleh. Dengan syarat bukan nama yang perlu dijauhi. Nama nama bukan arab seperti Batrisya, Danish, Darwish boleh? Boleh. Namanya tetap membawa maksud yang baik. Nama nama tokoh ulama atau sejarawan islam lagilah boleh. Dahlah mereka ni cendekiawan. Akhlak pun terpuji. Mana tau dengan nama mereka anak kita akan ikut jejak mereka. Tak taukan?

    Macam Khawarizmi. Baytutah. Haitham. Muhammad Al- Fateh. Battani. Ahmad Syauqi. Tufail. Haa. Kan sedap tu. Tak berbelit.

    Jika kita bukan daripada golongan ibubapa yang arif tentang maksud nama anak yang bagus, bertanyalah kepada yang pakar. Ustaz ustazah. Ulama. Imam. Pensyarah atau guru bahasa arab. Atau yang paling kureng pun pelajar jurusan bahasa arab. Mereka boleh membantu. Janganlah kita menjadi ibubapa yang terlalu obses dengan nama bombastik, tetapi tiada maknanya.

    Dan sebaiknya, sesuatu ejaan nama itu hendaklah betul tepat ejaan ruminya atau arabnya. Kalau lain ejaan, maksud pun lainlah. Macam kat bawah ni.
    salah -نور سوهادا بنت اسري
     betul -نورشهادة بنت عصري

    Sebagai seorang anak pula, kita mestilah sentiasa ingat untuk doakan mereka dunia & akhirat. Sebab doa anak yang soleh atau solehah dapat bantu ibubapa kita kat alam kubur sana. Selain sedekah amal jariah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat.



    Dan kalau tak cukup lagi, kat sini ada saya bagi sekali link nak cari nama islam moden. Mesti "fresh" parents masih dok pikir "nama apa yang sesuai aku bagi kat anak aku nih". Kan? Sebenarnya banyak lagi website yang boleh dirujuk, tapi ini antara salah satulah antara beribu website yang saya rasa nama yang diberi ada maknanya. Kiranya memang ada dalam arab tu. So, bila cikgu sekolah agama suruh eja nama anak nanti, tak adelah teragak-agak. Ok? Klik sini dan sini ye. Semoga membantu.

    Thanks baca =)

    All infos credited to Blogger.