Wednesday 29 May 2013

River Cruise Melaka

Assalammualaikum

Banyak banyak tempat kat Melaka yang dah pergi, yang saya paling suka ialah naik bot malam malam tengok perkampungan little perancis kat sekeliling sambil susur Sungai Melaka.
Bestkan tu ?

Nak terang banyak pun tak tahu sangat. Senang macam bawah ini :

Whoa. Betul ke kat Melaka ada macam ini ? Of courselah :)

Yang matahari tu (Tak tau nak panggil apa. Kehkehkeh.), yang pusing pusing lambat sesuai untuk orang dating, tulah Eye of Melaka. Bendalah ini memang ada kat situ untuk orang tengok tengok suasana sekitar sambil hapal satu satu mana Taming Sari, Jonker Walk, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Replika kapal besar yang tersadai tu semua. Tujuannya, supaya korang tak hilang arah. Tak sesat. Paham pahamlah Melaka kan ? Jalan one way semua. Hihihi.

Cantiknyaa pergi malam. Kan ?

Macam mana kalau naik siang pula ?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hmmm. Biasa je =.=' Hahaha

Lagi kalau korang naik malam, korang boleh tengok Song of the Sea kalau singaporean panggil. Tapi kat Melaka nama dia Musical Fountain. Sama je fungsinya. Air tu beralun alun ikut irama lagu. Nada rendah air paras bawah je. Nada tinggi, dengan kita kita tempias airnya. Memang tinggi.

Untuk tiket bot, hari kerja RM 20 dewasa, RM 10 kanak-kanak. Hari minggu (Jumaat, Sabtu, Ahad + Artis) tak salah baca, memang ada artis. RM 30 dewasa. RM 15 kanak-kanak. Tunjuk MyKad dapat RM 20 dewasa. RM 10 budak. Senang cite, nak beli tiket tunjuk IC. Dapat less.

Colorful gitu.

Mesti korang tertanya-tanyakan manalah nak naik bendalah best ini. Mudah je. Korang cuma perlu ke Jeti Sungai Melaka bertentangan dengan Pusat Warisan Quayside. Tak faham? SINI. Scroll website ini sampai habis. Ada peta kat situ bolehlah dijadikan panduan. Dah boleh pergi :)

Tinggikan airnya?

Last, kita layan River Cruise orang putih. Jeng jeng jeng....
.
.
.
.
.
.

(1) Paris

Pehh. Lalu Eiffel Tower tu. Dapat lalu bawah KLCC pun ok jugakan? :P

(2) London uolls. London Bridge


 (3) Seine

Panjangnya bot diaaa. Haha. Kagumkan?

Takkan tengok je? Jom menabung daripada sekarang ! 

Berminat nak jalan-jalan Melaka dan nak tahu lebih lagi tentang Melaka Bandaraya Bersejarah? Amboi ! Lihat sini. Macam macam adaaaa... 

Dan ini pula waktu operasi untuk River Cruise:

9AM- 11.30PM (Setiap hari)
30-45 Minit
Contact number: +6 06-281 4322
GPS: 2.193133N, 102.247232E SINI


Thanks baca =)


Sunday 26 May 2013

Family Day

Assalammualaikum

Rindunya kat abah. Tapi study week ini tak balik Johor. Nak balik Terengganu jumpa family sana pula. Harap harap abah baik saja. Ameen.

Setiap tahun, saya ibu dan abah mesti join Family Day tempat abah kerja. Macam tahun lepas dekat dengan rumah. Kat Lotus, Desaru. Siapa tahu tempat ini ? Angkat tangan laju laju. Haha. Tak delah saya gurau je :P

Dulu-dulu company abah buat Family Day every year. Sekarang 3/4 tahun sekali macam itu. Kedekut ! Ok tak. Tapi walau macam mana sekali pun saya tetap bersyukur, at least ada jugak makan- makan, tido hotel free ini. Taklah nak kena tunggu abah cuti pastu rancang nak pergi mana baru nak merasa. Hihi.

Kami tido sana semalaman esok dah balik. Sekejap sangat. Tapi dalam masa yang terhad itu, macam macam ite boleh buat. Suka angat ahh :)

 Check- in

Mula- mula kami dapat bilik dua tingkat ini. Sedih. Sebab ada tangga ibu tak boleh naik atas. Sebab time datang sini ibu baru lepas operation kaki. Tak boleh nak renyah sangatlah. Kena biasa-biasa je.

Sebab ada kat tempat sendirikan. Lagi pula dulu ibu pernah kerja hotel. Maka kenalan itu masih ada. Tanya receptionist siapa officer in charge. Alih alih kawan ibu. Tapi dah lama jadi ingat tak ingatlah. Luckily, dia ingat juga ! Dapat tukar bilik rate RM 800 ++ semalam. Hambik kau dua kali ganda naik. Rezeki ibu :)))

Ini biliknya ! Alhamdulillah...

Family lain semua dapat satu bilik yang ada cuma satu katil king size. Kami pula dapat rumah dalamya ada dua bilik, dua katil king size, satu katil single, dua bilik air, ruang tv, dapur lengkap dan meja makan. Fuh ! Tak ke untung ? Yang penting kena keluar duit cuma RM 400 ++ je. Timakasih banyaklah Puan Haya. Kami amat selesa malam itu :D

Muka happy lepas dapat berita baik. On the way ke bilik baru. Yehaaa !

Semua busy dengan aktiviti padang


Saya dan ibu tawaf satu resort jalan-jalan sesama. Lepak pantai. Malas ahh nak join sukaneka kanak-kanak. Malu. Muehehe. Bagi yang tak tahu, Lotus ini betul betul sebelah pantai. Sebab tu nama dia Lotus Desaru Beach Resort. Memang syokk sangatlah. Dapat hiru udara pantai main main pasir. Tenang sikit. So kepada sesiapa nak mandi pantai dalam masa yang sama nak tido hotel, BBQ, main aktiviti pantai macam ATV Rider, Banana Boat, Kayak, Jungle Trekking, Paintball semua semua bolehlah menginap sini semalaman. Buat buat rasa dulu. Tengok selesa ke tak :)

Malamnya kami BBQ ramai-ramai sambil main game

BBQ sebelah pantai. Menghadap pantai betul. Tapi yang tak best jauh kot tempatnya. Dahlah pijak pasir nak angkat kaki pun payah. Penat jugaklah nak menapak.

Before balik, pool time ! 

Aktiviti petang lepas masuk bilik, mandi kolam ! Habedabedu.

Yang gambar meriah ini betul-betul depan bilik saya. Memang dekatlah nak turun tu. Pastu macam tertutup sikit. Kalau yang air biru tu, jauh daripada bilik. Area pantai. Tempat open. Tapi dekat dengan coffee house. Ikutlah nak mandi memana.

 Haa. Inilah bilik yang kami dapat tu. Cantikkan ?

Ini bilik tingkat atas yang kami reject. Haha. Tido kat sini macam terapung kat atas awan. Rasa tergantung. Tapi bestlah dapat main cak cak dengan orang tengok tv kat bawah. 

Confirm jadi tido sini ? Jap ! Ini linknya. Jangan sesegan :D

Dengar cite, kalau tak nak tido nak BBQ saja pun boleh. Sewa tempat je. Anyway, kena rajin-rajin bertanya dan tengok website dorang k ? Apa ? Kalau datang ramai ramai tak tahu nak buat aktiviti apa ? Jangan iso. Korang klik link ini. Situ macam macam pilihan aktiviti ada. Just pilih mana yang berkenan. Anyway, at least Lotus ada Parasailing. Pangkor pun tak ada tau. Hahahaha.

Thanks baca =)




Saturday 25 May 2013

Tauhu Bakar 10 Minit

Assalammualaikum

Korang pernah makan tauhu bakar tak? Biasa korang makan kat mana? Pasar lambak, kedai makan, atau food court? Kuah apa? Kuah petis, kuah pedas ke dengan sambal kicap? Eh, kenapa macam lain je dengan tauhu bakar biasa?

Haaa. Sebenarnya, tauhu bakar ada macam- macam jenis. Macam-macam cara display. Ikut kedai. Kalau kedai up sikit, nak lain daripada yang lain, lainlah gayanya. Kalau kedai cokia-cokia, dapat yang biasa-biasa jelah. 

Kalau kat JB, Tauhu Bakar Warung Saga paling femes dan sedap. Dengan harga dalam RM4/5, korang gerenti puas hati. Sebab tauhu bakar kat sini unik. Biasakan kita makan yang bakar, sini lain. Dorang goreng. Menarikkan?

Tauhu Bakar/Goreng Warung Saga JB.

Terletak kat hujung Jalan Mahmoodiah (jalan kubur tu) area-area HSAJB, depan Convent, memang antara tempat wajib singgah saya, ibu dan abah kalau dah ada kat kawasan ini.

Dan hari ini (ecewah), saya nak tunjukkanlah resepi Tauhu Bakar 10 minit saya. Memang mudah, cepat, dan sedap. Menu ini pun bolehlah kalau korang nak buat minum petang. Sesuai sangat uolls :)

Okay, jangan cakap banyak mari kita buat. Ayuh! 

Apa yang kita perlukan:

6 keping tauhu putih
Segenggam taugeh (celur)
Kangkung (celur)
Timun (hiris nipis)
Sengkuang (hiris nipis/kasar terpulang)
Mangga muda (Hiris)
Kacang tanah (Kisar kasar)

Kuah:

Kicap masin
2 ulas bawang putih
15 batang cili padi (nak pedas lagi letak lebih)

Cara nak buat kuah sedap:

Ambil cili padi, bawang putih yang dah siap basuh bersih-bersih blend sepenuh hati sampai gegar pale otak :P
 Pastu taruk kicap masin kacau. Beres.

Untuk tauhu:

First-first, korang mestilah basuh tauhu dulu. Toskan. Kalau tak tos nanti time goreng minyak letup-letup sebab ada air. Pastu goreng dalam minyak panas. Agak-agak dah tukar warna sikit tu angkat. Pastu potong kepada 4 bahagian. Tak nak potong pun tak pe. Sukati.

Next, korang ambil kangkung dengan taugeh celur sekali. Malaskan? Haha. Agak-agak dah layu sikit boleh angkat. Karang kalo lelama tak crunchy. 

Akhir sekali (tengok senang sangatkan menunya), ambil pinggan susunkan tauhu korang, letak taugeh, kangkung, mangga, sengkuang, timun semua tu. Curah sambal kicap, tabur kacang tanah banyak-banyak makan. Pastu bawak pinggan duduk depan tv. Tu syiokk woo.

Susah ke? Takkan? Pejam mata pun dah boleh jadi. Hahaha.

Suasana dalam Warung Saga. Sangatlah sentimental ye uolls dengan sejarah malaya.

Ini pelan nak ke Warung Saga tu. Harap korang jumpa cari.

Alamat: 5, Jalan Mahmoodiah, Johor Bharu
Map: (SINI) Lebih specific.
GPS: 1.465533, 103.753075
Buka: 7AM- Tengah Malam
HALAL

Note: Warung Saga pun terkenal dengan Lontong Kering dia. Apa benda itu? Tengoklah.
Selamat menjamu selera  kawan-kawan :D

Thanks baca =)