Wednesday 10 May 2017

Tips ke Pulau Rawa 2H1M???


Hai assalammualaikum!


Teaser sikit dalam boat depan Jeti Mersing hehe. Tengok boat penuh dengan thermos air dan makanan dalam bakul. Nasi bungkus je...
.
.
Ade plan nak ke Pulau Rawa ke? Tapi tak tahu cara nak tuju, Apa je aktiviti best yang boleh dilakukan, Nak tido kat mana? Dont worry #sistravel akan membantu anda *scroll down*
.
.
.
.
.

Hmm sebenarnya kitorang LALU je Pulau Rawa tu haha. Tak nyinggah pun dan aktiviti snorkeling sampai lebam semua pun dibuat kat pulau-pulau di sekitar Pulau Rawa, which is tersangatlah dan superb cantik! Lagi lagi Pulau Hujung!!! Ohsem sangat! Taknak balik *nanges tepi pantai lol* So that time terfikir, alhamdulillah banyak dapat jimat haha. You know the hotel price in Rawa Island Beach Resort and Alang's Rawa right? Kalau tau, good for you. Kalau belum tau, jangn terkejut RM1k and above/person. 


Untuk trip pulau kali ni kitorang guna agent hahahaha. Ingat sekangkang kera takde agent? Ade! Memang berbaloi rasa dan satu tindakan yang bijak telah dibuat sebab boatman yang dipilih hensem hensem gitu. Hensem ke? Lol. Bolehlah bawah 30. Saya dah lama ushar instagram #pulaukita. Sebab dorang bukan je bawak pergi lagoon macam kat Krabi utk buat Cliff Jumping tu. Malahan ade trip mendaki bukit selama 10minit dan lepak lepak atas tu layan lentok 1 jam. Best ke tidak? Best tak? Of courselah best!!!


Di Pulau Raja. Air jernih wehhhh. Ombak pun takde.Tenang sangat. #islandhopping

Di paya bakau

Posing sikittt haha

Tapi... Bukan itu yang nak diuar-uarkan, yang penting sekali dorang TUNGGU kau berendam sampai ijo! Cause they offered private trip!!! Ye. Memang kau dan kawan-kawan kau je yang terpekik terlolong berselfie tak sudah taknak move on ke next destination. Strangers? Maaf boat ini telah dibooking haha. So, cepat search Pulau Kita dekat Instagram dan deal dengan Awie okay? 

Dengan Awie dorang akan bawak round-round Pulau Raja (Ade banyak batu dan spot kerusi batu boleh buat video acah acah terapung atas air)> Pulau Rahsia (Hiking dan nampak view teluk-teluk yang tersangat syukur Ya Allah for this) > Pulau Hujung (Lawaaaaaaa gilaaaa! Ade satu spot ni pasirnya terlampau halus dan bila kau jalan kau macam nak tenggelam. Sempat tido sejam lena habis. Rasa macam nak bina rumah buluh dan duduk situ bila stress dengan kerja. Dapat bayangkan tak? Makan tengahari kat sini) > Pulau Tengah (Snorkeling port. Ikan bawah boat je main main tenggelam timbul. Warna-warni lagi. Meriah!) > Last, Pulau Besar (Just mandi-mandi pantai. Pantai pun Emerald! Jernih! Kitorang overnight kat sini. Okay bawah baru nak explain) 

 Trip dengan Awie ni kitorang ambik daytrip aje RM160/sekepala. Satu bot boleh muat 10-12 orang. Tapi masa kitorang pergi ni bertujuh je. Dia jalan je. Nak duitkan? Haha. Selain tu juga, sepanjang daytrip ni dorang dah siapkan breakfast dan lunch. Air mineral dan air panas. So settle bab makan.


Trip hiking #pulaukita. View masyaallah amatlah cantik.

Buli guide hehe



Tido kat mana? 

 Untuk penginapan kitorang ambik pakej tido ramai-ramai berkongsi bilik air heh. Untuk tido ni saya memang tak nak yang gah-gah. Alaaa 1 malam je pun. Penat snorkeling confirm lena punya. Takde isu berbangkit tak boleh tido sebab nyamuk. Takde. So, kitorang booking last minute luls *jangan buat* Silap saya sebab ingatkan trip Awie tadi boleh bermalam kat dalam pulau. Tapi hakikatnya tidak ye. Awie langsung tidak membuat pakej bermalam sambil menghirup udara malam pantai. Tidak sama sekali. Kau kena cari pakej lain. Alhamdulilah rezeki baik. Google punya google akhirnya jumpa dengan Kak Khadijah ni. (Actually ushar dedua Awie dengan Kak Khadijah ni sebelum pergi. Tapi sebab kak ni tak boleh bawak ke tempat main lagoon dan cliff jumping ittew malah tiada hiking ditawarkan, kitorang beralih arah ke #pulaukita Awie)


 Petang tu dalam pukul 4.30petang boatman Awie hantar ke Riki's Place (Boleh search kat Facebook). Tempat ni chalet kampung biasa je, 2 buah rumah 6 bilik disediakan. 1 bilik boleh muat 5orang gegirls. 1 katil queen 3 tilam bentang bawah berserta selimut dan kipas angin berdiri. Maaf tiada iron disini. Esoknya kitorang balik tudung herot-berot renyuk seribu kurang sikit dari hati Shila Amzah masa Patah Seribu dengan Sharnaaz. Eh ape merepek ni haha. So, bolehlah. Yang penting dapat tido dapat mandi dan solat cukup. 

Walaupun cenggitu keadaannya, namun chalet Riki's Place ni ade rumah pokok!!! Best kau panjat pokok selinap cecelah dahan dan betapa menikmati pemadangan alam. Disamping rumah pokok, Riki's Place jugak ade menyediakan perkhidmatan snorkeling sampai jumpa ikan dan batu karang yang cantik juga kedai makan (Depan bilik je. Jalan 5 langkah je) main buaian sampai tergolek haha, kawasan bola tampar pantai juga kayak kayuh sendiri. Yelah takkan kau suruh pakcik Riki dayung pulak. Rate semalaman hanyalah RM140 termasuk snorkeling gear, snorkeling 3-4tempat (No limit) dan boat return kitorang sampai pukul 4 baru balik Jeti Mersing snorkeling punya pasal taknak naik. Balik balik burn huwaaaaa)

Rumah pokok kat Riki's Place yang digembar-gemburkan akan keseronokannya memanjat

Di Pulau Hujung lawaaaaaa sangat! Bila jalan kaki tenggelam timbul pasir halusss. #mysoonprivateisland? Hehe

Makan? 

Untuk makan, kalau korang stay kat Riki's Place ni depan chalet ade kedai kecil memang Pakcik Riki yang masak dan usahakan. So order je nak makan ape. Bayar ikut menu. Tapi Pakcik ni baik sangat, selalu bagi lebih tau je kitorang always lapar haha. Ikan fresh sangat! Sebab dorang rajin memancing kat Jeti depan chalet. Boleh mencandat sotong jugak. Boleh BBQ jugak (kena inform awal sebelum trip nanti dorang buat preparation) Masa kitorang stay sana, ramai jugak yang datang memancing. So macam-macam aktiviti you olls boleh buat kat sini selain jalan kaki ushar resort sebelah yang sedikit gah untuk family gathering.

Acaner  rasa nak pergi jugak Pulau Rawa kebabom  walau fulus tak mengizinkan?  Bolehlah tukar selera ke Pulau Besar (tempat stay kitorang ni) dan search Kak Khadijah (Agent) atau Awie Pulau Kita atau Riki's Place untuk deal (Ade buat trip hantar dan pick-up di Jeti Mersing jugak. Mungkin boleh jimat). Dan bagi yang nak gah sikit, boleh tido di Aseania Resort atau di D'Coconut Island Resort Try ushar sendiri ye.

Lagoon untuk Cliff Jumping

Bergema-gema suara cakap kat sini

Nombor Kak Khadijah : 013-348 5171
Awie Pulau Kita : Instagram Pulau Kita
Ricky's Place : FB Riki's Place  013-741 0106 (Oh ya malam tu sempat layan ABPBH kat tv sambil merenung ke langit layan perasaan dengan bintang-bintang dan buruj yang terang. Seronok sangat!). 


Ok bye! Selamat bercuti korang hehe.


No comments:

Post a Comment