Sunday 26 May 2013

Family Day

Assalammualaikum

Rindunya kat abah. Tapi study week ini tak balik Johor. Nak balik Terengganu jumpa family sana pula. Harap harap abah baik saja. Ameen.

Setiap tahun, saya ibu dan abah mesti join Family Day tempat abah kerja. Macam tahun lepas dekat dengan rumah. Kat Lotus, Desaru. Siapa tahu tempat ini ? Angkat tangan laju laju. Haha. Tak delah saya gurau je :P

Dulu-dulu company abah buat Family Day every year. Sekarang 3/4 tahun sekali macam itu. Kedekut ! Ok tak. Tapi walau macam mana sekali pun saya tetap bersyukur, at least ada jugak makan- makan, tido hotel free ini. Taklah nak kena tunggu abah cuti pastu rancang nak pergi mana baru nak merasa. Hihi.

Kami tido sana semalaman esok dah balik. Sekejap sangat. Tapi dalam masa yang terhad itu, macam macam ite boleh buat. Suka angat ahh :)

 Check- in

Mula- mula kami dapat bilik dua tingkat ini. Sedih. Sebab ada tangga ibu tak boleh naik atas. Sebab time datang sini ibu baru lepas operation kaki. Tak boleh nak renyah sangatlah. Kena biasa-biasa je.

Sebab ada kat tempat sendirikan. Lagi pula dulu ibu pernah kerja hotel. Maka kenalan itu masih ada. Tanya receptionist siapa officer in charge. Alih alih kawan ibu. Tapi dah lama jadi ingat tak ingatlah. Luckily, dia ingat juga ! Dapat tukar bilik rate RM 800 ++ semalam. Hambik kau dua kali ganda naik. Rezeki ibu :)))

Ini biliknya ! Alhamdulillah...

Family lain semua dapat satu bilik yang ada cuma satu katil king size. Kami pula dapat rumah dalamya ada dua bilik, dua katil king size, satu katil single, dua bilik air, ruang tv, dapur lengkap dan meja makan. Fuh ! Tak ke untung ? Yang penting kena keluar duit cuma RM 400 ++ je. Timakasih banyaklah Puan Haya. Kami amat selesa malam itu :D

Muka happy lepas dapat berita baik. On the way ke bilik baru. Yehaaa !

Semua busy dengan aktiviti padang


Saya dan ibu tawaf satu resort jalan-jalan sesama. Lepak pantai. Malas ahh nak join sukaneka kanak-kanak. Malu. Muehehe. Bagi yang tak tahu, Lotus ini betul betul sebelah pantai. Sebab tu nama dia Lotus Desaru Beach Resort. Memang syokk sangatlah. Dapat hiru udara pantai main main pasir. Tenang sikit. So kepada sesiapa nak mandi pantai dalam masa yang sama nak tido hotel, BBQ, main aktiviti pantai macam ATV Rider, Banana Boat, Kayak, Jungle Trekking, Paintball semua semua bolehlah menginap sini semalaman. Buat buat rasa dulu. Tengok selesa ke tak :)

Malamnya kami BBQ ramai-ramai sambil main game

BBQ sebelah pantai. Menghadap pantai betul. Tapi yang tak best jauh kot tempatnya. Dahlah pijak pasir nak angkat kaki pun payah. Penat jugaklah nak menapak.

Before balik, pool time ! 

Aktiviti petang lepas masuk bilik, mandi kolam ! Habedabedu.

Yang gambar meriah ini betul-betul depan bilik saya. Memang dekatlah nak turun tu. Pastu macam tertutup sikit. Kalau yang air biru tu, jauh daripada bilik. Area pantai. Tempat open. Tapi dekat dengan coffee house. Ikutlah nak mandi memana.

 Haa. Inilah bilik yang kami dapat tu. Cantikkan ?

Ini bilik tingkat atas yang kami reject. Haha. Tido kat sini macam terapung kat atas awan. Rasa tergantung. Tapi bestlah dapat main cak cak dengan orang tengok tv kat bawah. 

Confirm jadi tido sini ? Jap ! Ini linknya. Jangan sesegan :D

Dengar cite, kalau tak nak tido nak BBQ saja pun boleh. Sewa tempat je. Anyway, kena rajin-rajin bertanya dan tengok website dorang k ? Apa ? Kalau datang ramai ramai tak tahu nak buat aktiviti apa ? Jangan iso. Korang klik link ini. Situ macam macam pilihan aktiviti ada. Just pilih mana yang berkenan. Anyway, at least Lotus ada Parasailing. Pangkor pun tak ada tau. Hahahaha.

Thanks baca =)




No comments:

Post a Comment