Saturday 27 April 2013

Jom Dubu Dubu?

Assalammualaikum

Saya memang suka Kpop. Tapi bukan fanatik. Saya pun suka tengok Kdrama. Masih lagi tidak fanatik. Saya sangat terliur tengok Korean makan. Ini serius fanatik. Lebih lebih lagi Runningman !

Jadi saya pun ajak kawan kawan yang juga kaki layan drama Korea, join saya ke Mid Valley. Pstt. Nak makan Bibimbap kat Dubu Dubu. Yeayy ! Hajat terlaksana :))

Kami pergi bertiga. Sebab yang lain kata "Eh, aku tak pernah makanlah.." Sorang lagi "Apa rasa?.." Member lain "Mesti mahal..." Lagi "Sedap ke? Halal?.."

Too many questions. Saya kalau orang banyak songeh memang hai hai bye bye lah...
Pada saya, tak pernah makanlah harus cuba. Tak rasa mana nak tau. Betul tak?

Time to order please :)

Exciting ^^

 The decoration. Cozy and nice. 

 Citron tea. Soursop. Aloevera peach.

 Our food dah sampai. Bibimbap for me. Soondubu Jigae Cheese and Chicken for them. Ambik bau semua.... :)

 My delicious Dol Sot Beef Bibimbap. Daging dia sangat lembut ! Eat while hot. Baru umphhh...

Harga pada saya sangat munasabah. Portion besar. Tempat bersih. Servis pantas. Friendly waiters. Kira berbaloi dan puas makan. Satu set pun hanya RM 20++ including tax (ikut makanan jugak ye). Sangat kenyang. Sebab ada nasi. Itu yang pentingkan? Untuk yang tak bape kuat makan tu bolehlah share 2 orang. Sebab kami pun agak cungap cungap nak telan :P Untuk senarai menunya, SINI.

Nasihat saya, pergi waktu sebelum lunch. Orang tak bape nak ramai. So bila time lunch, kita memang tengah makan. Kalau time lunch dengan weekend lagi memang dok queue memanjanglah kat luar kedai. Tak mahukan?

Tapau ddeokbokki. Akibat pengaruh Runningman yang terlampau saya telah menokok nambah ramen ke dalamnya. Sedap ! Anda patut cuba.

Kepada yang nak buka puasa kat sini, sebab dah tak lama lagi Ramadhan kan bolehlah book sit awal awal. Takut penuh kalau lelambat. Happy eating y'alls !

  Dubu dubu ini ada 3 cawangan. Setakat ini baru kat KL. Saya makan di MValley so saya bagi alamat sinilah ye.

Mid Valley
LG- 048 Lower Ground Floor,
Mid Valley Megamall,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
 59200 Kuala Lumpur.

GPS: N03 06.929' E101 40.562'
Waktu Perniagaan: 10AM- 10PM
Tel/ Fax: 03- 228 78 980
HALAL

 Yang lain lain SINI.

Thanks baca =)







Wednesday 24 April 2013

Tips jalan jalan ke Lost World of Tambun

Assalammualaikum

Disebabkan hati membuak buak nak jalan Perak, jadi saya dan kawan pun join rombongan ke sini. Apakah? Perak banyak tempat menarik lain. Kenapa sini? Kenapa? Ke sebab nak mandi kolam? Haaaa. 

Kami pergi dengan bas. Ikut trip orangkan. Jadi kami gerak agak awal. Dalam pukul 6 lebih macam tu, berhenti breakfast sekejap, dan sampai sana dalam 11 pagi. Dulu masa dua tahun lepas pergi tiket masih RM 38 untuk dewasa dan RM 32 untuk kanak kanak. Now dah naik. RM 45 dewasa, RM 38 kanak kanak. Itu termasuk Amusement Park, Water Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Tin Mining dan Hot Springs & Spa.

Tiket boleh beli kat kaunter tak pun online. Terpulang. Tapi saya nasihatkan beli ONLINE. Sebab selalu ada sale. Bila dah sale tu, paham pahamlah. Tiket dari RM 45 tinggal RM 38.25 sahaja. Kadang boleh turun lagi sampai RM 34. Murahkan ! Rugilah kalau tak grab peluang itu. SINI SINI

Dah sampai ! Yeayy.

Kalau korang nak pergi berkumpulan, better tempah hut. Hut itu pondok untuk berkumpul. Jadi mudahlah kalau nak kumpul ramai ramai. Tak hilang. Tapi barang berharga jangan letak kat situ. Tuala dengan baju boleh. Yang lain letak dalam loker yang disediakan. Lagi satu bila korang pergi group, korang akan dapat makanan sekali (ini kena tanya kaunter). So tak perlu risau nak makan apa. Dapat nasi. Confirm kenyang. Macam sebelah hut kitorang ini food court. Ada jual macam macam makanan. Laksa, nasi, sandwich etc. Ais krim pun ada. Tinggal pilih. Harga pun kena pilih :)

1: Tiger Valley
2: Amusement Park
3: Petting Zoo
4: Mandi mandi sambil Adventure River !
5: Jalan jalan naik Tram

Kalau korang datang sini dan masuk Water Park jangan lupa try 3 benda : Cliff Racer, Tube Raiders, Adventure River. Insyaallah puas hati.

 Cliff Racer. Haa bendalah inilah. Ini sangat best ! Korang akan turun laju laju dari atas pastu tersangkut kat hujungnya. Gelongsor ini melengkung bentuk V. That's why jadi macam tu. Kalau turun ke depan tu biasalahkan. Tapi cuba belakang korang yang turun dulu. Tak mengagau.

Tapi yang lecehnya mainan ini, korang kena angkut pelampung sekali naik. Sebab tak disediakan pelampung kat atas. Dahlah tempatnya tinggi. Memang letih. Nak main banyak kali tu boleh. Tak ada sapa marah. Cuma larat tak larat jelah.

Tube Raiders. Korang patut cuba. Dia ada 4 bahagian. Bumbung penuh, tak berbumbung, separa bumbung, dan open. Saya sarankan yang bumbung. Ce bayangkan dahlah gelap, campur jalan licin berliku. Memang awesome ! Saya mula mula tak takot nak main. Tapi bila lemas... terus give up. Tapi setelah dipujuk pujuk, main jugak. Yelah rugi apa kalau tak merasa. Mainan ini semua ada cameraman khas. Jadi korang tak payah risau gambar tak ada. Cuma masa kami tu gambar semua tak cantik. Nak beli buat apa. Bukan tak cantik tang muka. Tapi tak nampak pun kitorang. Alih alih dah kat air. Mungkin juga orang ramai. Cameraman satu. Tak sempat.

Adventure River dan semua semua yang saya bagitahu tengok sini.

Dah penat main kita makan ^^

 Lunch: Nasi tomato. Ayam masak merah. Acar. Air kotak. Air mineral.

Petting Zoo. Dalam ini ada macam macam haiwan. Tapi semua jenis yang jinak. Tenang je bila masuk sini. Suasana macam kat dalam hutan. Ada pokok pokok, haiwan, air terjun, kolam.

Ais krim time :))

Keseluruhannya, tempat ini bestlah. Ada macam macam aktiviti korang boleh buat. Tak nak mandi boleh try aktiviti lasak. Masuk gua, panjat gunung, kayak, ber- swan swangan kat tasik, titi tali, rock climbing etc sini. Pokok pangkalnya hati. Mampu ke tidak? Hihihi. 

Bagi yang nak bermalam, ini reviewnya. Nak tengok bilik tekan check availability. Have a nice holiday people !!! ^^


 Thanks baca =)


Thursday 18 April 2013

Tips pilih masker

Assalammualaikum

Balik cuti mid sem hari tu plan nak pergi makan makan kat Seoul Garden tapi tak jadi. Sebab kami tak ada masa lama. Kalau nak duduk makan kat SG tu haruslah duduk lama lama, borak borak santai tanya perkembangan masing masing, snap pic sana sini sikit. Lagi dengan kawan kawan sekolah. Memang jadilah. Ini pergi dengan cousin cousin je. Nak dibualkan apelah sangat. Hikhik. Lagipun kami banyak tempat nak terjah. Ahh. Lain kalilah jelah datang.

Bosan tunggu budak budak ini pilih fruit mixer kat Tesco, kami jalan masuk Watsons. Datang nak cari cleanser je. Alih alih eh nampak benda lain pula :)) Saya memang suka bermasker masker bagai ini. Sebabnya dahlah bila pakai tu muka rasa sejuk je.. lembap je... Lepas dah 15 minit, muka macam selembut kapas. Wohoo. Hebak tak hebak tak?

 Rasa nak tido je. Huarghhh...

Sebenarnya banyak je masker kat pasaran. So far, setakat dah guna banyak banyak tu, saya rasa ini yang paling terbaik. Sebab masker ini 2 dalam 1. Dahlah ada dua fungsi, pastu ada kandungan charcoal (arang). Korang tahukan fungsi arang untuk apa? Nak kecilkan liang roma ! So kepada sapa sapa yang rasa liang roma besar tu mohon beli produk ini.

Okay pertamanya, korang guna masker yang kaler hitam. Hitam ini dalam bentuk gel. Korang kena spread-nya sendiri. Sebelum sapu tu pastikan muka korang dah dicuci bersih bersih dulu. Lepas tu guna masker kaler putih tu. Ini macam masker biasa. Dah ready in. Tunggu nak tepek je.

Lagi satu masker arang ini ada fungsi untuk tarik segala macam toxins kat muka tau. Which is tersangatlah bagus. Mula mulakan bentuk dia dalam gel, tapi lepas 15-20 minit dia jadi macam masker. Kering sekeringnya. Macam sekeping kertas. Dah kering tu bolehlah tarik keluar. Masa tu korang tengoklah segala macam badak ada kat muka korang. Blackhead. Whitehead. Black n white =)

Semua benda dia nak tarik. Kat dahi, dagu, pipi kanan, pipi kiri, T-zone. Semua dia sapu bersih. Macam vacuum ! Yang bagusnya lagi produk ini dia tak ada gam. Biasakan kalau kita beli blackhead remover tu ada gam kan kat stiker dia. Which is kadang tak lekat langsung pun gamnya. Bila dah cukup waktu, tak ada satu habuk pun yang ditariknya. Yang kita tersangatlah marah. Tapi masker ini tak macam tu. Semua benda dia boleh tarik. Silap silap haribulan hidung penyek jadi mancung. Bhahaha

Harga tak mahal mana. Cuma RM 11.90 untuk dua masker. Dia dah siap siap bungkus 2 pek sekaligus. Korang tinggal capai dan bayar je. Pergilah reramai terjah Watsons ye. Guardian ku tak pasti. Ada mungkin...

Thanks baca =)

Wednesday 17 April 2013

Resepi: Burger bakar ala Mcd

Assalammualaikum

Nak main masak- masak tak? Masak benda senang je. All time favourite. Burger. Tapi ini bukan Burger Bakar Abang Burn. Abang Bako. Abang Sunburn. Haha. Homemade burger panggang. Sebab saya panggang so nama dia bukan lagi burger bakar. Hehehe. Bila makan tu rasa sebijik macam prosperity McD. Betul ! Cuma tak ada sos black pepper jelah. Lagipun tengok barang kat dapur semua ada. Nak buat pun tak susah mana. Apalagi. Jom !

Step 1:


 Bahan bahannya:
1 peket ayam kisar Ayamas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Ketumbar
Lada hitam
Lada putih
Serbuk kari baba's
Garam

Bahan ini semua korang gaulkan sekali. Nak pedas letak pepper lebih. Serbuk kari tu letak sikit je. Pastu biarkan semalaman dalam fridge. Lagi lama perap lagi sedap. Eloknya masukkan dalam bekas bertutup. Supaya bau belacan, cencalok, ikan, lauk pauk tak meresap dalam korang punya perapan tu. Kalau tak nak guna tupperware, boleh guna aluminium foil macam saya buat ini.

Step 2:

 Untuk yang nak guna telur untuk lekatkan daging boleh jugak. Tak kisah mana mana. Tapi saya tak guna telur pun dah lekat bila tepek tepakkan jadik bulat. Ikut koranglah ye. Tekak masing masing. See. Macam kat bawah ini. Cantik je kan bentuknya?


Dah perap tu esoknya boleh keluarkan dan grill atas pemanggang non-stick. Tujuannya supaya daging tak lekat kat kuali. Nak terbalik balikkan pun mudah. Saya letak butter sikit untuk masakkannya.

Sambil tunggu kepingan ayam ini masak, bolehlah sediakan sayur sayurnya. Macam saya, saya just letak tomato, salad dengan mangga. Mangga tu untuk adakan rasa masam masam manis. Masam Manis Masin. Lengkap !

Step 3:


Kepingan ayam dah nak masak. Warna pun cantik je. Jangan grill lama sangat. Nanti hangus tak sedap. Agak agak dah putih tu, masak dah lah tu. Boleh angkat.

Untuk rotinya saya beli roti burger gardenia. 5 keping RM 2.10. Okay what untuk saya seorang nak breakfast. 1 peket ayam kisar tu boleh dapat 6 burger. Saiz sama besar macam dalam gambar ini. Besarlah. Yang penting terlebih roti. Yang tak suka daging leper leper ini boleh buat tebal tebal. Tapi saya suka yang dagingnya terkeluar. Sebab nampak macam menggiurkan. Ikutlah mana suka.

Step 4:

Korang sapukan butter sikit atas roti. Pastu grill. Tunggang terbalikkan lebih kurang angkat. Ataupun korang tengok garis garis kesan pemanggang dah ada kat roti. Dah bolehlah tu. Pastu susun bahan bahan. Macam ini:

Roti > sos > mayonis > mangga > salad > tomato > daging > sos > mayonis. Pastu ulang balik stepnya. Kat daging tu depan belakang letak sos dengan mayonis. Saya suka banyak sos banyak mayonis. Sebab tu banyak kali letak. Puhaha.

Step 5:

Susun cantik cantik. Siap !

  Nampak seksi tak?

Thanks baca =)

Tuesday 16 April 2013

Tips cantik, murah dari rumah

Assalammualaikum

Perempuan bekerjaya sentiasa sibuk. Sampai kadang tak ada masa nak pergi facial. Lagi dengan kelas penuh dari pagi hingga ke malam. Saya lah tu y'alls. Sangat sibuk. Hujung minggu pula tak duduk diam. Join program sana sini. Last last cari alternatif sendiri nak jaga muka. Nak tau saya guna apa? Bendanya senang nak dapat. Apa dia apa dia?


Jeng jeng jeng...

.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.


 Tomato? Tomato? Haa. Tomato. Macam tak caya kan? Serius. Lepas gosokkan tomato kat muka, terus rasa muka bertukar jadik Fazura. Amboihh ! Kihkih (ketawa gedik).

Sebab nak jimat, nak produk murah tapi dalam masa yang sama nak cantik juga. Lagipun saya ini jenis yang tak suka bahan kimia tepek kat muka sangat, tu yang guna tomato je. 

Setakat yang dah diamalkan ini memang boleh tahan. Kulit mulus je. Flawless macam Nora Danish. Cantik macam Fazura ! Mana nak dapat jah oiii.

Tomato ini ada banyak sangat khasiat. 
Antaranya (ini untuk muka jelah) :

  • Rawat kulit terbakar : Korang just blenderkan tomato dengan timun pastu sapu kat muka. Biar 15 minit. Buat sekali pun dah okay sangat. Tapi kalau terbakar teruk, ulanglah tiap tiap malam ye. 
  • Hilangkan jerawat, kurangkan muka berminyak: Korang hiriskan tomato kepada dua bahagian. Pastu just gosokkan pada muka. Kalau rajin boleh hancurkan tomato jadik jus. Dah sapu macam biasa biarkan selama 15 minit pastu cuci dengan air suam. Air suam ye. Bukan air panas.
  • Nak kecilkan liang roma yang besar : Korang blenderkan je tomato dengan limau nipis. Biar selama 15 minit. Cuci dengan air suam.
  • Nak hilang parut pada muka : Korang hancur hancurkan tomato dengan daun sekali sampai lumat. Pastu tampal pada muka. Siap !
  • Lembutkan muka : Jus tomato tu korang buat masker. Pakai tiap tiap malam sebelum tidur. 

Senang je kan? Dahlah tomato ini tak ada bau loya. Buah pun comel. Bulat bulat kecil warna merah. Kalau tak habis guna sebiji tu yang lebih boleh telan. Tak bazir.

Ini antara cara cara nak buat masker dengan tomato. Tapi cara dia macam leceh sikit. Ikut koranglah ye. Kalau ada masa lebih boleh buat macam kakak dalam ini. Tapi cara yang saya buat tu pun dah berkesan.


Apa apa pun jangan lupa cuba tau :)

Thanks baca =)

Pic credited to Google


Saturday 13 April 2013

Oudoor Theme Park Genting Highlands

Assalammualaikum

Alangkah indahnya bila dapat rehatkan otak kejap. Dengan tekanan kerja yang melambak dok jerit minta hantar. Sampai tido pun dah tak menentu. Mana boleh jadi. Malamnya, rancang lebih kurang. Esok terus bertolak. Yeayy dapat jerit jerit ! Dapat rasa macam kat New Zealand kejap. Dapat hirup fresh air. Dapat jalan jalan. Dapat bergambar. Dapat makan. Dapat jumpa T-rex. Dapat naik kereta kabel. Semua dapatlah ! Heaven.

Dah sampai. Tengah beratur nak naik cable car. Muka gembira masing masing.

Alhamdulillah. Tak taulah tuah apa. Kelas tiba tiba semua nak cancel. Apalagi. Peluang ini. Peluang :))

Dalam cable car.

Biasa benda yang tak dirancang ini menjadi. Saya pun cecepat mesej orang sana sini nak ajak pergi sama. Yelah takkan nak pergi dua orang je. Tak fun kot ! Jadi, kami pergi berempat. Cantik. Nak main permainan semua pun senang sebab majoriti mainannya untuk 4 sekawan. Suka ^^

Janji pukul 7 pagi gerak. Sebab saya lambat. So kami gerak pukul 8 pagi dari Nilai. Masa tu semua orang sibuk bersiap nak pergi kelas. Kami pula bersiap cantik cantik nak keluar jalan. Hahaha. Serius beza perasaannya. Best ! Dalam hati, "Padan muka korang pergi kelas tak dapat main corkscrew.." Beserta ketawa jahat. Hahaha
 
Kami gerak ke sana ikut KL Sentral. Sebab itu je yang paling dekat. Sampai KL Sentral lebih kurang 9.30 pagi gitu terus naik tingkat dua nak pergi beli tiket bas Go Genting. Kaunter bertentangan dengan kaunter ETS. Dekat Air Asia. Tak tau tanya kat bahagian informasi. Bagi yang baru pertama kali nak ke Genting dan tak tau nak tuju ke sana, korang tengok blog ini. Tulisan budak ini bagus. Dari A to Z dia guide korang. Tempat beli tiket kat mana, nak tunggu bas kat mana, nak main apa. Semua cukup !

Tiket bas pukul 11 pagi. Dalam jadual setiap setengah jam dah bertolak. Tapi ini lain. Rasa macam ditipu ke apa kan. Tapi dorang berniaga. Pandailah dok ngejas sana sini. Lagipun hari biasa siapa je yang nak pergi naik Genting. Semua orang sibuk kerja. Confirm confirmlah tak seramai sabtu ahad. Tu yang dia sekalikan. Nasihat saya, bagus pergi hari bekerja. Masa kami nak main pun mudah je. Queue semua pendek. Tak jenuh nak menunggu. Tak buang masa.


Hujan lebat

Ah tengok ! Ketawa jahat sangat. Hujan lebat tak semena mena. Nasib baik dah naik kereta kabel. Kalau tak... Masa itu semua dah frust. Yelah. Dok pikir. "Habislah duit aku RM 60 melayang. Hangus. Hangus.."  Genting ini memang selalu hujan. Hujan pulak tak ikut masa. Macam masa kami bertolak langit cerah. Panas terik. Cuaca memang cantik. Tapi nak buat macam mana. Hujan pula bila nak main.

 Jalan jalan dalam First World Plaza. Dalam ini besar sangat. Tak habis jalan sebab pergi pun hanya nak main outdoor tu je. Yang lain memang tak layan. Oh ya. Kat sini tempat nak main indoor tu. Mainan lebih kurang kat Times Square.

Dalam hujan kat Dinosaurland. Dinosaur kat sini serius macam real. Dahlah siap ada bunyi bagai. Kalaulah dorang betul betul hidup. Tak cukup tanah nak lari.

 Pukul 3.30 petang barulah kami dapat main mainan semua. Lamakan ! Bayangkanlah dari pukul 12.30 tengahari sampai, pukul 3.30 baru dapat main. Mood masing masing pun dah lari. Ambik gambar, kamera yang senyum =.=

Masa hujan itu, kami dapat main The waves je. Mainan ini kat tempat outdoor tapi ada bumbung. Ramai orang terjah sini. Lepas hujan berhenti kami pergi yang paling dekat, corkscrew. Ini mengancam ! Korang patot cuba. Best sangat ! Yang tak bestnya, lepas kami queue ramai pulak yang menginding nginding. Tak mo bagi. Ko pehal kak nak kedek dengan kitorang ! Puhaha. Lepas tu main spaceshot. Alah bendalah yang naik perlahan kat atas, tapi turun laju laju ke bawah. Punggung terangkat kot ! Masa tu rasa macam "I believe i can fly. Oh oh..."

 Nilah the waves. Nampak kami tak? Macam gempa bumi kat dalam ini. Jangan risau korang takkan tercampak punya. Sebab bila dia bergegar kuat kuat tu automatik ada bumbung yang akan tutup. So korang takkan jatuh.

Inilah Corkscrew. Ini belum jalan lagi. Gugur jantung. Patah leher.

Spaceshot. Tengok kawasan sekeliling basah.

Pastu main ini pulak. Tak thrill sangat. Boleh kasi pening jelah. Tapi ada orang tu (tudung biru) jerit kuat kat sini :P

Kalau kita nak minta izin dari parents nak pergi Genting, mesti dorang liat nak bagi. Pasal apa? Sebab tempat judinya.Korang kena betulkan niatlah. Korang pergi sebab apa? Nak main roller coaster je kan. Dah main terus balik. Jangan melencong. Kalau korang boleh jaga diri, confirm mak bapak bagi. Ingat tuu..

Apa entah nama mainan ni. Kecil kecil cili padi. Sama je macam naik corkscrew. Gayat woo.

Flying coaster belakang tu tak sempat main. Bukan tak sempat tapi takot. Kepala pun masing masing dah tingtong. Rasa kalau naik ini masing masing mesti muntah. Mana taknya, semua orang yang naik tunggang terbalik dalam bendalah ini. Dahlah berdiri. Kepala bawah kaki atas. Mana nak cari?

Serius cakap. Mainan Outdoor Genting still best lagi. Memang nak terpatah patah tulang leher semua. Sampai dah gayat, cuak, takot punya pasal suara pun dah tak boleh nak keluar.

Untuk tiket, RM 60 dewasa. Semua termasuk tambang bas pergi-balik, tiket kereta kabel Skyway pergi-balik, pas masuk main kat Outdoor Theme Park atau pun nak lunch kat Terrace Coffee. Korang pilih. Tapi masih ok what. Separuh harga Legoland. Suku harga USS, Singapore. Mainan tetap boleh bagi jerit punya. Serius puas hati. Kalau tanya kami, puas jugaklah. Kalau tak hujan lagi puas puas puas memuas ! :))))

Nak pergi sana dah mudah sekarang. Korang klik sini. Ini untuk harga tiket, jadual bas, dari mana nak naik.

Overall kami cuma belanja RM 100 seorang. Rasa macam tak sampai kot. Sebab kami pergi-balik makan kat KFC. Dah save kat situ. Naik pun tak beli souvenirs. Gambar ready made pun tak beli. Sangatlah berjimat cermat.

Masa kami pergi ini ramai orang arab. Semua pakai jubah labuh labuh berniqab semua. Dorang terpekik terlolong je. Siapa kata budak tudung labuh tak boleh main roller coaster? :))) Untuk yang nak solat tu, surau banyak. Rajin rajin tengok signboard. Kat dalam outdoor ini pun ada surau. So korang tak payah risau nak pergi jauh jauh nak solat. Ok bye !

Maaflah entry ini sangat panjang. Sebab malas nak buat sambungan. Muehehe. Anyway, thanks baca =)