Wednesday 10 May 2017

Part 1A: Do & Donts in Yogjakarta (Tempat Wisata)


Hai korang, Assalammualaikum! 

Baru-baru ni saya ke Jogja. Best ke Jogja? Mahal tak? Berapa habis? Kan banyak tiket wisata kan? Semua kena bayar kan?  Betul betul semua kena bayar haha. Jogja lah negeri paling banyak membayar entrance fee wehh. *deep sigh*

Mula-mula trip ni saya plan nak pergi berdua je dengan kawan perempuan saya. Tapi kitorang macam ade konflik panjang, dia taknak pergi. Saya? Belum pernah sampai kot! Lagipun tempat best happening, ape alasannya lagi untuk saya tolak. Tiket dah beli, hotel dah book, tempat nak pergi dah cari, itinerary dah siap separuh tinggal susun balik, supir dah ade (berpuluh contact number supir simpan. Pantang orang suggest screenshot mesej screnshot mesej haha). Persiapan tuuu punyalah tiptop. Lol

Ombak kuat dan besar kat Pantai Timang. Pergi basah, balik pun basah. Tiada yang kering hahaha. 

Jadi, bermulalah pencarian saya mencari #besttravelpartner dalam BBM. Korang pernah dengar BBM tak? BBM ni group travel dalam Facebook. Search je Backpackers Buddies Malaysia. So, kalau korang takde travel partner lagi, akhirilah travel solomu itu, dan ajaklah diriku hahaha. Tak tak #sisgurau

 Di Candi Borobudur yang raaaaamai orang

Untuk (Part 1:  A & B) ni: Saya nak cerita tentang tempat yang kitorang pergi je dulu. Berapa entrance fee kena bayar, jarak perjalanan, kena bangun pukul berapa dan supir.

(Part 2): Tempat makan sedap dan murah di Jogjakarta.

(Part 3): Duit yang perlu dibawa dan costing sepanjang di sana. 

 Why so serious? 

Entrance Fee

Kitorang pergi ber7. So, at first flight saya dengan kawan-kawan yang lain tak sama. Dorang 6;30am, saya 3.15pm. Jadi, macam susaaaaaah sangat nak cover ke tempat best, nak satu supir, tapi flight lain-lain. Payah. Memang payah tau. Jenuh duk rombak iti bagi dapat. Last-last saya buat keputusan tukar time fly. Nahhh dah sama semua. Alhamdulillah. 

Jadi, bila landed je di Adisucipto Intl. Airport, tempat pertama supir bawak adelah keeeeeeee.......

Kedai jual simkad :P  

Benda penting haruslah yang pertama dibeli. Kalau tak, cena nak eksyen dengan kawan kat tempat kerja yang korang tengah holidayyyyy haha. 

Usai membeli simkad (kitorang pilih SimPATI, coverage cun kat pedalaman dapat 6gb = IDR 90k), terus gerak ke Kalibiru Wisata Alam. Spot pelantar background pokok dengan ade macam kawah air kecik tu. Pernah tengok? 

Tapi gambar bawah lompat-lompat ni kat Spot Panggung. Spot ni je yang boleh naik ramai-ramai dan limit kepada 9 orang satu-satu masa. Yang spot lain, scroll bawah lagi. 

Spot panggung entrance IDR 15k, unlimited gambar dan pose suka hati.

Spot 1 - The famous spot. IDR 10k.

Okay, kat Kalibiru kitorang pilih 2 spot je untuk bergambar. Tu pun dah habis IDR 100k hari pertama tempat pertama. Sebabnya ape, sebab setiap spot dahlah kena bayar kan. Harga lain-lain ye. Lepastu, gambar yang kita nak lagilah kena bayar. Time nilah tengok gambar kita semua lawa hahaha. 

Sini ade banyak lagi spot best. Macam Spot 3 (quite famous jugak among Malaysian), Spot Love, Spot Flying Fox (Kita terbang dia ketik gambar. Tapi jangan bayangkan yang longgggg Flying Fox eh. Flying Fox sini kita gerak depan tu, kejap lagi dah muncul kat belakang sini. Pendek jeee. Tapi nampaklah view belakang kawah air belakang tu kan. 

 Spot Love IDR 10k 

IDR 20k (Gambar ihsan Google)

Puas bergambar bergelak ketawa, kitorang lanjut ke.......

Jeep Tour Gunung Merapi!!!



Gunung ni kali terakhir meletus pada 2010. Lawakan view gunung ni? Gunung Merapi ni ade lekuk-lekuk jalur kesan ledakan lava. Dulu gunung ni takde kawah sebab tak meletus. Lepas meletus tu selalu boleh tengok asap kepul-kepul keluar di sebalik kawah. 

 Masa kejadian yang dirakam daripada jarak jauh. Tiada yang terselamat ye.(Gambar ihsan Google)

Tengok lava tengah turun. Allahuakbar. (Gambar ihsan Google)

Gunung Merapi ni jangan tak tau. Dibuka kepada umum juga untuk hiking. Tinggi 2,932m je. Ade guide ade base camp. So, hiking Gunung Merapi ni pun one of my #wishlist. Semoga masa saya nak hiking nanti, bukanlah pada waktu erupsi. Amin insyaallah. 

Jeep Tour: IDR 450k. Ini termasuk tour guide aka Supir, Lawatan ke Rumah Omahku (rumah peninggalan kesan letusan Gunung Merapi), Jalan-jalan ke Bunker Kaliadem, Batu Alien (Batu berwajah manusia), dan Trip basah kena siram dengan air sungai daripada Gunung Merapi tu sendiri. Paling best paling sejuk. Gigillllll haha. 

Ni beberapa saat sebelum dibasahi. Supir tengah drive laju pastu brek kuat kuat berhenti kat lopak paling dalam. Nahhh! Splash water on your face hehe.

Puas di Merapi, kitorang gerak ke Candi Borobudur yang panas. Tapi sepanas dan sehangat cintaku padamu cia cia cia hahaha. 

Pada yang belum tau, Borobudur ni candi. Candi tu tempat ibadat. Bekas tempat ibadat penganut agama Buddha. Bila dah tak guna sekarang dan jadi hak milik UNESCO, of course ade entrance fee. Nasib kitorang tak berapa baik sangat, nah kitorang pergi lepas naik harga huwaaaa. Sekarang harga Candi Borobudur ni dah jejak IDR 350k = Rm105. Mahal. Memang mahal. Tapi belum pernah sampai, so kenalah korban sikit ye. Sobs. 


Kat Candi Borobudur ni boleh catch sunrise. So bagi sesiapa nak catch sunrise, sila bangun pada pukul 3am waktu Indonesia ye. View sunrise pun not bad. Tapi jenuh nak bangkit awal laa kan? :P


Beza gambar sis dengan gambar sunrise ni, pastinya gambar sis diambil pada waktu tengahari terik. Sebab tu pegang topi. Tapi spot yang sama huwaaaaa. 


Next destination, kitorang gerak ke Malioboro St. Maliboro St ni port lepak layan java dance, cak lempung macam tu (mana ade cak lempung okay), street food hunting, batik hunting (banyaaaaaak gila kedai batik kat sini), tshirt hunting (tshirt sini mahallll hmm), dan pakwe hunting. Eh eh eh. Hahahaha. Kalau nak tshirt murah, ajak Supir korang ke Omah Oblong (sini murah wehh dan banyak pilihan. Mostly peniaga kat Malioboro pun ambik kat sini sebab Omah Oblong kilang tshirt haha)

Hasil fotografi supir Merapi kitorang, Kaliurang Adventures. 



Bersambungggg.... 




Thanks baca korang!



No comments:

Post a Comment