Saturday, 2 March 2013

Meoww

 Assalammualaikum

"Saya comel, tapi saya dah hilang" :(
Nama kucing: Omel Tripping bintut Papies


Saya datang tanpa di undang. Dijumpai oleh tuan saya di bawah pokok daun kari. Mengiau-ngiau kelaparan. Tuan saya pada mulanya tak suka kucing, tetapi kecomelan saya telah menambat hatinya. Saya diberi minum susu. Walaupun saya tak reti minum susu guna mangkuk, saya tetap minum. Pada malamnya, saya diberi masuk rumah secara senyap- senyap oleh tuan saya. Saya diberi penghormatan untuk tidur di dalam bilik tidur tuan saya. Puhaha. Penghormatan. Besar sangat ini darjatnya. Tapi malangnya, saya muntah- muntah. Habis bakul tempat tidur saya. Tuan saya terjaga sebab saya panjat atas katil tuan saya dengan busuk busuk tu.


Cara penjagaan kucing:

1) Mandi sebulan sekali (sebab tuan saya duduk asrama). Mandi dengan Palmolive aromatheraphy.
2) Makan banyak kali. Pagi friskies. Lunch, dinner nasi. Hi-tea apa yang tuan saya buat.
3) Dibersihkan tahi mata setiap hari menggunakan wet tissue.
4) Dibersihkan telinga seminggu sekali.
5) Dipotong kuku setiap kali lepas mandi. (sebab tuan saya percaya kuku saya dah lembut, mudah untuk potong)
6) Tiada veterinar. Vet sendiri. (setiap kali saya luka akibat panjat pokok atau terkena duri kayu- kayu di bawah pokok sekeliling rumah, tuan saya hanya merawat saya dengan minyak but- but HPA. dan membaluti luka saya dengan kain gauze atau kapas. ternyata berkesan)

Hari seterusnya, abang uwe, abah tuan saya belikan friskies untuk breakfast. Saya makan friskies setiap pagi, sebelum makan nasi panas berlaukkan ikan goreng yang baru masak panas- panas. Semuanya disediakan segar. Tuan saya sambil siapkan makanan saya, mesti makan sekali =.= Saya tak suka makan ikan haruan. Tak suka ! Benci !

 Tiap kali tuan saya goreng ke masakkan sup ikan haruan ke, saya mesti tak banyak makan. Adakah saya terlalu memilih? Saya juga suka makan kfc, coklat, mee hailam, epal, anggur, pisang. Ini kucing ke apa ini.

Saya juga penggemar durian ! Saya boleh makan 3 biji durian. Lepas itu, saya kepanasan. Banyak tahi mata. Saya juga suka minum air sejuk. Setiap kali tuan saya bancuh air kordial, saya akan kejar tuan saya atau panjat tuan saya nakkan air. Kalau air yang ada ais lagi saya suka. Eh, saya ini kucing ke tupai? Tuan saya selalu cakap macam itu. Sebab saya boleh panjat pokok ceri depan rumah sejak kecik lagi. Last last tak boleh turun, saya ngiau kuat kuat minta tuan saya datang turunkan. Saya juga boleh panjat grill pintu rumah sampai atas. Bila tuan saya balik belajar, saya akan tinggal dengan kakak uwe saya, ibu kepada tuan saya.

Kejadian buruk saya:

1) Kaki & ekor dilenyek motosikal abah tuan saya.
2) Terperangkap di dalam almari baju tuan saya untuk tempoh yang agak lama. 9 jam.
3) Yang paling tragis. Digilis separuh badan oleh kereta abah tuan saya sewaktu mereka pulang dari membeli ikan untuk saya. Saya lumpuh sementara. Selepas itu, sihat & aktif seperti sediakala setelah disapu minyak but- but dan diberi minum madu. 

Pada saya, kakak uwe, abang uwe, kakak ude semuanya tuan saya. Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana pelihara saya dengan baik. Sebagai balasannya, saya tidak pernah buang najis saya sepah-sepah dalam rumah. Saya mesti masuk bilik air. Saya tidak diajar pun. Tapi semua atas inisiatif saya sendiri. Bijakkan saya? Hihihi. Saya juga selalu dipaksa tuan saya untuk bangun buang air tiap pagi. Saya mesti kena buang air sikit. Kalau tak, tak boleh keluar tandas !

Pengalaman manis saya:

1) Dibawa ronda-ronda naik kereta. Tempat feveret saya, ruang atas tempat duduk belakang.
2) Tidur beralaskan katil, sofa dengan kipas dipasang. Kipas tutup saya tak boleh tidur. Panas. Air-cond dipasang, lagi saya suka.
3) Dapat jadi peneman kepada ibu tuan saya yang sakit. Saya penghibur dia sewaktu tuan saya balik belajar dan abah tuan saya keluar bekerja.

Sekarang saya dah hilang. Saya hilang masa kenduri tahlil. Saya lapar. Saya nak makan ayam goreng. Tapi saya kene marah dengan cik rahmah. Saya terasa. Pada masa itu juga, ibu tuan saya, kakak uwe dah ambilkan saya ayam goreng. Tapi sebab majlis dah nak mula, saya kena duduk diam dalam bilik. Dalam kotak. Abang uwe yang letak saya. Mereka takut saya lari.

Lepas itu, ada jiran lain nak guna bilik. saya kena duduk bilik lain. Saya terus berlapar. Bila majlis habis, abang uwe buka pintu. Nak ajak saya makan. Saya pula yang tak tahu apa-apa terus pecut keluar. Dengan tak makan, saya ikut sepupu tuan saya naik kereta mereka. Dorang tak tahu ini. Sampai kat Petronas, sepupu tuan saya terkejut tengok saya. Dahlah dia mengandung masa ini. Nasib baik tak apa apa. Masing masing terkejut. Saya pun terus lompat keluar ikut cermin. Macam tulah punca saya hilang.


Kelebihan saya:

1) Saya mempunyai tanda hitam pada lelangit saya.
2) Saya jantan, tapi kencing duduk macam perempuan.
3) Kalau saya hendak membuang air besar, saya akan cepat- cepat lari cari toilet.
4) Saya tidak pernah mengusik makanan atas meja samada yang sudah siap dimasak atau belum.
5) Full of aegyo. Jika saya tidak mahu keluar, saya akan menahan kaki, tangan serta badan saya pada pintu rumah. Jadi mereka tidak dapat halau saya.

Thanks baca =)

No comments:

Post a Comment